sebuah kereta dilihat sedang memecut dengan laju kerana pemandunya sudah terlewat untuk ke tempat kerja. pemandu tersebut berasa lega kerana secarakebetulan sebuah ambulans berada dalam kecemasan untuk mengambil mangsa kemalangan.
sebaik sahaja ambulans terbabit membunyikan sirennya, semua kenderaan lain ke tepi untuk memberikan laluankepada ambulans tersebut. ini juga secara tidak langsung membolehkan pemandu mengambil kesempatan dengan memandu laju mengekori belakang ambulans terbabit.
bagaimanapun hasratnya untuk sampai cepat ke pejabat berakhir apabila secara tiba-tiba datang kereta peronda polis lalu mengarahkan pemandu kereta terbabit berhenti. secara terpaksa pemandu kereta terbabit memberhentikan keretanya di bahu jalan. pihak polis telah menyoal siasat pemandu pemandu terbabit dan kalau nak tahu apa yang mereka perkatakan, baca sahaja dialog di bawah ini:
Polis : Berikan saya lesen memandu dan kad pengenalan.
Pemandu : Sekejap ya encik(menghulurkan kad pengenalan sambilsedang ligat brfikir mencari alasan sesuai untuk elak daripada di saman).
Polis : Kenapa awak memandu melebihi had laju?
Pemandu : Minta maaf encik, sebenarnya saudara saya berada dalam ambulans tersebut. Sebab itulah saya mengekorinya.
Polis : Ya ke saudara awak? Saudara jauh ke dekat?
Pemandu : Errr ya encik, saudara jauh dekat saya(gugup).
Polis : Kalau awak nak kelentong sekalipun, agak-agaklah sikit. Saya ekori ambulans ni sebab kat depan sana ada kemalangan. Nah... sila buat bayaran di balai berhampiran(sambil menghulurkan surat saman).
Pemandu : @#$%^&*
Wednesday, February 4, 2009
polis vs pemandu
Dicatat oleh eiyna di 4:36 PM
Label: cerita jer
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 ulasan:
Post a Comment