BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Thursday, February 26, 2009

renungkanlah


KISAH BENAR DARI PENGALAMAN & PETIKAN BERITA
Kisah Pertama - Sumbangan PelungsurDua orang pelajar telah menemui maut ketika kemalangan jalanraya antara motosikal dan kereta. Setelah jenazah diuruskan, didapati salah satu dari jenazah telah merayau merata-rata, mengetuk pintu rumah dan lain-lain. Apabila ditanya kepada pihak hospital yang menguruskan jenazah berkenaan, kakitangan terlibat telah memaklumkan bahawa salah seorang dari mayat yang diuruskan terpaksa dibuang kukunya kerana ada cutex dan dicukur kepalanya kerana rambutnya telah diwarnakan. pelbagai cara dilakukan untuk memastikan 'roh" tersebut tidak merayau, namun gagal. Ditanya pula pada kawan-kawan simati, dimaklumkan bahawa di dua bahagian badan simati ada terdapat tatoo, namun tidak diketahui apa yang dilukiskan. Setelah beberapa lama, dan mungkin penyelesaian terakhir, jenazah simati telah dipindahkan ke kubur Kristian. Selepas itu, rohnya tidak merayau lagi......
Pengajaran :Berkemungkinan tatoo yang terdapat pada simati berlambangkan salib dan simati sebenarnya adalah seorang kristian, walau pada zahirnya berpakaian dan berkelakuan sebagai seorang Islam. Simati tersebut adalah pelajar sekolah yang berusia 16 tahun.

Kisah Kedua - Sumbangan PelungsurSi "A" adalah seorang pelajar yang sering gagal dalam peperiksaan. Beberapa kali beliau menduduki peperiksaan PMR tetapi dia gagal. Satu hari, di hadapan kawan-kawan beliau telah berkata, kalaulah aku lulus PMR kali ini, aku akan masuk kristian. Ditakdirkan Allah, beliau telah lulus dan kemudiannya meninggal dunia kerana kemalangan. Mayatnya diuruskan sebagai seorang Islam mengikut kebiasaanya, dan dikebumikan berdekatan dengan masjid. Selepas beberapa ketika, imam masjid mendengar suara menangis dari kubur simati. Ditanya pada ahli keluarganya, dimaklumkan bahawa simati adalah seorang budak yang baik...namun dari kubur berkenaan terdengar tangisan yang berterusan. Setelah diperiksa barulah dimaklumkan mengenai nazar simati....dan mayatnya pun dipindahkan ke kubur Kristian. Barulah tiada tangisan kedengaran.....
Pengajaran :Inilah keadaan yang berlaku sekarang....oleh itu perhatikanlah akan aktiviti anak-anak atau adik-adik kita...kerana dakyah kristian amat halus dan ada di mana-mana...tanpa disedari. Baru-baru ini, telah dimaklumkan bahawa satu kontena bible dalam bahasa melayu telah sampai di Port Klang. Walaupun dibantah kemasukannya, ianya telah dimaklumkan bahawa ia telah diimport secara sah oleh salah sebuah pertubuhan Kristian yang berdaftar....Samada benar atau tidak, saya juga dimaklumkan bahawa di Subang Jaya, bible telah diedarkan kepada pelajar-pelajar sekolah... Wallahu'alam......

0 ulasan: